twitter
rss

AKHIRNYA...selama ini menyambung kerja2 dari cikgu2 pakar padang..hanya mengikut trek sediada..sampai waktunya akhirnya saya sendiri kena memulakan untuk melakar trek sebenar di atas padang kecil..

walaupun kekurangan pengetahuan bagaimana memulakannya..saya gagahi jg untuk menjadikannya kenyataan..cuba jangan tak cuba..tapi..PASTIKAN ADA ASAS PENGETAHUAN juga...tidak boleh membabihutan buta..redah je..

apa yang paling penting dalam memulakan kerja-kerja ini adalh KERJASAMA SEMUA GURU..jangan murid lebih baik dalam membantu guru berbanding GURU sendiri..

semuga padang sekolah ini akan berjaya disiapkan sebelum HARI SUKAN KALI-1..

suatu hari SEPERTI BIASA GIANT SELALU MENIPU kami dengan harga yang mengelirukan..(saya tau kerana pernah bekerja di sana).
SELEPAS membayar perut pun memberikan signal untuk diisi..sementara menunggu makanan sampai saya ditepuk dari belakang..dan seorang kawan (CIKGU A)..bersama isteri barunya( baru je kawen) datang..wow..agak seksi pakaian isterinya..dan cikgu tu pun boleh tahan RUGGED nya..mmg padan sungguh…tapi tersentak dibenak…BOLEH KAH CIKGU BERPAKAIAN BEGINI???
walaupun sebenarnya hak individu..tapi sesuaikah dengan profision sebgai guru berpakaian begini??kalau makbapak murid nampak mcamana??
lalu saya pun bersantap walaupun mata masih terjeling2..ataukah saya yang terlalu skematik??tapi saya pun biasa saja…jeans sandal dan baju t shirt..

bagaimana fesyen yang boleh sebenarnya..kadang2 ada murid2 dtg ke sekolah sbb tgk cikgu dia meragam,...cantikk...hensemm..lagi la kalau smk..jadi selagi bersopan dan sesuai pakai sahajalah..
CIKGU MODEN MEMANG BEGINI AGAKNYA….

Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru
Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

:)

Tanyakan diri anda sekarang..??00:00....00:001..3 minit dari sekarang..APAKAH MATLAMAT SEBENAR kita bekerja??....02:59...03:00...adakah matlamat itu lebih daripada 5??atau lebih atau kurang.."KATA2 seorang motivator dari radio...

inilah rahsia bagaimana mengekalkan keremajaan dalam bekerjaya..pastikan matlamat lebih daripada 5 matlamat...sekiranya kurang sememangnya kerjaya yang dibina membosankan dan buat kepala panassss..

Sebagai Seorang guru yang terlambat...Saya bersyukur walaupun mempunyai 1 matlamat sahaja...tapi saya tetap enjoy..sebabnya..saya memang mahukan kerjaya sebegini...dapat pahala..dapat berbakti...dapat kerjaya...dapat duit..dapat kawan2...dapat meneruskan kehidupan berpendidikan..dapat kejutan setiap masa (murid2 yang pelbagai karenah)...dan dapat bermacam2 lagi..walaupun selalunya mencabar kesabaran...tetapi itu semua memberikan pahala sekiranya dapat bersabar..adakah ianya kurang daripada 5...TIDAK...SEMEMANGNYA 1 yang panjang...tetapi matlamatnya JELAS..

sesetengah ORANG tidak suka pada sesetengah ORANG.mungkin disebabkan oleh sikap,pembawaan,penterjemahan diri yang keterlaluan dan macam2 lagi..TETAPI BIASANYA bagi orang2 yang suka memperbaiki kelemahan,dia akan cepat PERASAN atau menyedari ketidaksenangan orang lain terhadap dirinya..tetapi agungnya bila ada orang yang tahu dan sedar keadaan tersebut tetapi menganggapnya sebagai sesuatu yang BIASA..malang sungguh kedua-duanya..

DAN bukanlah suatu keberuntungan apabila kita disenangi oleh KEDUA-DUA pihak..semacam berat lagi nak pikul amarah..

MAKA betullah kata orang bijak "apabila kita telah berada di ATAS jangan lupa pandang KEBAWAH"..kuasa bukanlah untuk diagungkan digunakan untuk kepentingan agenda peribadi tetapi membawa semua kebaikan dalam kesatuan kuasa itu sendiri.

sesekali,bukalah suatu kerugian seandainya boleh musyawarah dan mendengar sedikit keluhan orang lain..kasihannnnn

dulu......
KALAU di kampung saya...
PAGI~jarang mandi sebab Sejuk,Tak Diajar mandi pagi,Sekolah jauh nanti lewat..
T.HARI~balik..kalau tak lawan biji getah,curi mangga orang,main perang2 atau panjat kelapa orang..tak pun mandi laut(sebab sekolah tepi laut)
PETANG~pasti dah lewat sampai rumah..dah tak makan dah sebab dah kenyang makan2..keluar pegi main lagi..
MALAM~tengok tv.tu pun kalau ade bateri(guna bateri keta).kalo tak tidur..

Sekarang...AGAK2..
PAGI~dari masih baby..kena hantar pegi sekolah juga..budak2 pun pegi sekolah..awal daripada CIKGU..
           belajar sampai tg hari..
T.HARI~baru je habis belajar..BELAJAR Lagi...
PETANG~kalau sempat main..main kejap je..dah maghrib..tapi biasanya penat belajar tak jadi main/.
MALAM~BELAJAR lagi..pegi tuisyen..



BEZANYAAA...murid sekarang penat sgt nak belajar,..tapi tak juga semuanya terlalu bijak daripada org dulu2..kenapa agaknya????????????salah cikgu ke..

memuaskan semua hati rakan sejawat bukanlah suatu kewajipan seorang guru tetapi menjaga profesi guru adalah satu tanggungjawab..

apabila mempunyai kuasa..bukanlah tanggungjawab kita untuk memenuhi tuntutan kuasa itu tetapi menggunakannya untuk kebaikan semua pihak yang berkaitan dan dibawah kuasa tersebut..

sesungguhnya...guru yang berkaliber..yang disukai semua guru,murid dan ibubapa...boleh dilihat daripada perwatakannya,tutur katanya..mudah juga dijadikan contoh..

memang kedengaran kata2 orang yang memandang rendah pada guru2 kpli khususnya....manakan tidak belajar beberapa hari je dah dapat jadi guru..berbanding dengan sifu2...master2..senior2..memanglah..manakan boleh nak lawan ilmu yg banyak+pengalaman....

tapi masalah yang saya perasan maktab2 perguruan ni..kebanyakan PENSYARAH... mengajar sepertimana saya mengajar budak2/murid2 sekarang..BAGUSNYA...MURID2 ni tidak perlu mengajar murid2 yang lain..jadi masalahnya..PENSYARAH...tidak mengajar bagaimana nanti untuk mengajar..ILMU BOLEH DIPELAJARI..kaedah perlu diajari..barulah mudah untuk dapat setting cara nak approach murid..mendidik murid..

akhirnya...saya mewarisi kata2 ajaib.."MASUK sekolah NANTI akan bermula semula daripada 0"..why??kenapa tak mula sebagai seorang guru yang cukup bekalan keguruannya??

tidak mengapalahlah...ini adalah wajaran bagi orang2 yang agak terlewat mendapat didikan sempurna..

perlu belajar dan belajar lagi...

so,lepas lulus..saya posting kat rawang..cuak takleh nak cite..bila dengar parent kat sana agak kureng ajo juga..tapi nak watcmana dah memang tanggjwb..sekarang dah pindah sekolah dekat sket dgn rumah..dan...rupanya...MEMANG INILAH KERJAYA  yang paling SESUAI dengan jiwaku..BUKAN LAH sebab tiada kerja (sebab dari kpli yg kbnyakan guru pandang rendah)..tapi SAYA RASA diri sangat bernilai..DAPAT MENYUMBANG KEPADA AGAMA,BANGSA DAN DEGARA..selain dapat gaji dapat buat amal jariah.....sememangnya...GURU ADALAH KERJAYA yang paling MURNI...

segala puji bagi ALLAH yg mendengar doa hambanya..doaku selalu: "ya ALLAH,berilah aku kerjaya yang sentiasa boleh aku mendekatkan diri kepadaMU,dekat denganMU,dan dari kalangan orang-orang yang beriman kepadaMU"..

semoga engakau menjadikan insan ini, seorang insan guru yang gemilang dan terbilang...dedikasi dan beramal soleh...aminn

salam untuk semua..warga pembaca..im new teacher..and still..still learning...and learn how to teach..to be good teachers..

dulu saya memang anti CIKGU--Jauh sekali bercita-cita nak jadi GURU..alasanku satu je...buku-buku-buku....tak habis2 dengan buku...bosan..jadi cikgu mesti dibenci murid2..penat menanda buku..duduk sekolah lagi (sebab dari kecik pun duduk sekolah).ni mmg kenyataan.

alkisahnya..saya melanjutkan pelajaran ke sebuah UNIVERSITI TEMPATAN di USM..2001..itupun selepas memohon kali ke-2.(permohonan pertama gagal,sebab x cemerlang sgt)..dapat ijazah 2004..dalam bidang PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH (konon2 pilih digree ni sebab nak majukan negeri asal-SABAH).Masa ni sabah baru nak membangun dengan rancak..so boleh lah nak tumpang majukan..

tapi bila dah keluar..susahnya dapat kerja..so daripada memilih kerja...saya tibai je kerja yang ada..mula2 kerja jadi BURUH KASAR..gaji agak lumayan..tapi no future saya rasa...so setahun je saya berhenti..pastu balik semenanjung..keje kat GIANT,TESCO,MAKRO,7ELEVEN(saya tau teknik2 maarket ni menipu pelanggan), DAN yang tak dapat dilupakan kerja sebagai GUARD (rasa rendah diri sangat)..kat putrajaya..

ALHAMDULILLAH...lepastu saya ditawarkan sebagai PROJEK MANAGER..kerja ok lah...gaji pun ok...persekitaran kerja pun enjoy..tapi macam ada yang tak kena...last2 tukar kerja...dapat kerja eksekutif..gaji ok..LAGI ENJOY...saya ada pekerja sendiri..TAPI ADA juga yang kosong dalam jiwa...akhirnya saya memohon KPLI..KALI KE-3 AKHIRNYA LULUS...continue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK-tajuk yang LaLu

2015 (1) agama (1) akal dan ilmu (1) alam persekolahan (1) allah (1) anak murid (1) ASAS PENGETAHUAN (1) bacaton (1) BAGUSNYA menjadi guru (1) bangsa (1) belajar (1) berjimat cermat (1) bersyukur (1) cepat perasan (1) cikgu anjiri (1) cikgu styl0.. (1) cuti panjang (1) cuti PANJANG boring (1) cuti PENDEK tak cukup (1) cuti penggal (1) cuti sekolah (1) dedikasi (1) didik hibur (1) EDUWEB (1) FAIL KSSR murid (1) fesyen cikgu (1) gaji (1) gaji lambat (1) gaji naik (1) gpk hem (1) gpk1 (1) gpk2 (1) guru (2) guru berfesyen (1) guru kerjaya mudah? (1) guru terlambat (1) guru vs guru besar (1) guru yang dirindu (1) guru-guru (1) guruku (1) hambamu (1) harapkan pagar (1) harapkan pager (1) HARI ANUGERAH CEMERLANG (1) HARI GURU MALAYSIA (1) HARI SUKAN KALI-1 (1) hubungan GURU-MURID (1) humor atau kecindan (2) humor berbentuk (1) humor dalam pendidikan (2) I-THINK (1) ibu bapa sekarang (1) insan guru (1) jemaah nazir (1) jimatkan gaji (1) karnival (1) kerja guru (1) kerjasama guru (1) KERJASAMA SEMUA GURU (1) komunikasi antara guru (1) komunikasi di sekolah (1) komunikasi guru dan murid (1) KSR ke KBSR sama juga (1) kssr daripada kbsr (2) kuasa guru (2) melepakan batok di tangga (1) Membahasakan dirinya CIKGu (1) mengajar (1) mengajar anak (1) mengajar murid (1) menghias sekolah (1) minda sedar (1) minda tidak sedar (1) mulia (1) murid dulu (1) murid dulu dan sekarang (1) murid sekarang (1) muridku (1) nafsu (1) nazir datang ke sekolah (1) OBJEKTIF HARI GURU (1) orang bijak (1) pagar makan padi (1) pager makan padi (1) pelik tapi ajaib (1) pendaftaran murid-murid tahun satu (1) pentadbir dan guru (1) pentadbir sekolah (1) rahsia awet muda (1) salah cikgu (1) serupa (1) set induksi (1) sk seri pristana (1) sk seri pristana sg buloh (1) sksp kuala selangor (1) tanggungjawab guru (1) tipis belanjakan gaji (1) usahawan (1) VLE FROG (1) ZOOM-A (1)