ALHAMDULILLAH, harini pendaftaran murid-murid tahun satu akhirya selesai..fenomenanya seperti desia maklum..MERIAH SANGAT..seorang murid sekurang-kurangnya 3 orang pengiring atau nisbahnya 1:4..parent lebih ramai daripada murid-murid yang datang.. cuma seperti biasa juga permasalahan berlaku apabila pengambilan buku teks berlangsung...ibu bapa akan berkerumun mengambil buku teks anak masing-masing..guru pula terpaksa melakukan banyak catatan berkenaan rekod pengambilan murid dan tambahan kepada FAIL KSSR murid-murid.banyak kerja tambahan dengan pelaksanaan KSSR DI SEKOLAH. walaubagaimanapun guru-guru seperti biasa akan bertungkus lumus melaksanakan pembahagian tugasan yang telah ditetapkan.tahniah kepada guru yang memberikan kerjasama. RAMAI MURID YANG MENANGIS!!!! dan fenomena ini akan kelihatan di mana sahaja sekolah..terutamanya murid-murid pekan...bandar mungkin tidak...dan org yg kat kampung2 pun tidak.. apapun selamat menempuh alam persekolahan..
Sebagai seorang guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan..selalu sy terbayangkan saatnya Suatu hari nanti sekieanya panjang umur.. Kerajaan mewajibkan persaraan ke 60 tahun.ditambah lagi dengan pemberatan kepada subjek ini di Sekolah dengan.pelbagai program..bagaimana agaknya..1m1s..kokurikulum Hari sukan sekolah yg semestinya kena buat garisan padang..itu belum termasuk mengajar lompat tinggi..bayangkan mengajar gaya gunting atau fosbury flopp..aduhhh mau patah pinggang nak ngajar ni...hahahah..lompat jauh??memang jauh sekali lah agaknya..terpaksa mengajar aksi lompat dekat.. Jadi pada umur 59 tahun tersebut apa agaknya guru opsyen pendidikan jasmani akan ajar..sudah pasyi pilihannya akan mengajar subjek yang lain..MORAL..KH..KT..SIVIK. . TAPI BAGAIMANA Pula nnti hasilnya pendidikan tersebut.. Kena mengajar bermain bola..tendang pun dah tak larat..NTAH NTAH NAK TIUP WISEL PUN dah tak larat sebab SEMPUTTTT..ataupun masatu da kena pakai gigibpalsu..so tiup je terbang sekali dengan gigi tu..nauzubillah..nak mengajar murid berjalan betul pun mungkin.sudah tak betul sebab dah bertongkat.. Kalau wanita pula bagaimana..nak panggil cikgu ke nenek agaknya ya..ntahlah..tetap la cikgu..macamana fesyen cikgu nenek ni agaknya masa tu..adakah masih bergincu tebal dan bersanggul tinggi atau semuanya memakai ala ala muslimah..yelah kubur kata mari sekolah.kata go ho go..haha..mantap.. Apapun dengan harapan..ya allah kau permudahkanlah segala urusanku..berikanlah aku kecukupan untuk keperluan hidupku di dunia dan akhirat..amiinnnn...
KENAPA PERLU JADI badut untuk murid2? sebenarnya buka lah humor bermakna perlu menjadi BADUT atau pelawak di dalam kelas..sayapun tidak ingin..kebanyakan guru2 menggunakan pendekatan sehala iaitu guru memberi penerangan dan murid menerima..
ramai yang sangat berpuasati sekiranya murid2 di dalam kelas SENYAP sebagai petunjuk murid sangat berminat untuk mempelajari atau mengikuti pembelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru berkenaan.tetapi ramai murid yang merungut berkaitan kredebiliti seseorang guru kepada guru yang lain..misalnya"CIKGU TU GARANG.CIKGU NI BANYAK CAKAP,CIKGU NI BOLEH MAKAN..Dan banyak lagi..disebabkan prespektif murid2 ini bukan maknanya murid senyap menandakan pengajaran yang sangat berkesan..disinilah letaknya kepentingan HUMOR atau kecindan dalam pendidikan..
set induksi terutamanya sangat penting dalam sesuatu permulaan pengajaran (pensyarah cakap lah)..sebab dengan induksi yang baik murid akan mengoperasikan set pemikiran untuk lebih fokus terhadap pembelajaran...ADAKAH INI BENAR??ada benarnya tetapi sebagai BEKAS PETUALANG..mungkin ada tidak benarnya kenyataan berkenaan.CONTOHNYA..apabila kita menonton wayang yang pratontonnya sangat menarik..awal cerita BERAPI..best TERLAMPAU...tapi pertengahan dan penamat cerita HAMBAR...adakah ini suatu yang boleh dikatakan sebagai set induksi berjaya??fikirkan...
HUMOR memang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi bersesuaian dengan situasi semasa,keseuaian topik humor dan perlu diambilkira sensitiviti pendengar..CONTOHNYA..seseorang guru tidak boleh menggunakan pendekatan KEPERCAYAAN/ANUTAN/BANGSA sebagai humor WALAUPUN MUNGKIN DITERIMA OLEH KEBANYAKAN ORANG YANG MENDENGAR.
humor berbentuk EJEKAN,HINAAN MENYENTUH MARUAH DAN HARGA DIRI SESEORANG adalah sangat tidak digalakkan.hal ini kerana penerimaan dan bakal penyambaian yang disampaikan boleh disalah tafsir atau disalahertikan oleh seseorang..
SEMEMANGNYA sangat sukar untuk menjadikan pengajaran dengan menghadirkan unsur humor sementelahan dengan identiti atau pembawaan sifat seseorang guru itu sememangnya SERIUS DAN menggerunkan..namun demikian ini bukanlah masalahnya..kerana sebahagian orang masih ada yang menganggap keseriusan atau mimik muka yang"GARANG" MASIH MEMPUNYAI KELUCUAN yang boleh diterima pendengar..
adalah baik sekiranya kita menjadi seorang GURU YANG DIRINDU oleh semua murid kerana..PENERIMAAN yang baik akan memudahkan pengajaran dan pembelajaran..
KITA sebenarnya memiliki 2 minda iaitu :
minda sedar 10%
minda tidak sedar 90%
ceo segala tindakan adalah kawalan daripada minda sedar tetapi didasari daripada minda tidak sedar
minda sedar ialah apa yang kita boleh fikirkan dan nampak secara fizikal. contohnya laptop ini berbentuk 4 segi.
minda tidak sedar ialah semua benda yang kita ingati walaupun bukan dihadapan kita pada ketika ini contohnya..kfc sedap,mcd biasanya masin..kekuatan daya minda tidak sedar inilah yang banyak mempengaruhi segala hasil daripada tindakan kita sendiri..
tanpa akal yang berilmu,lita mudah dikawal oleh emosi yang membawa kepada tindakan,dan tindakan itu akan mengehassilkan tindak balas yang terkhusus daripada tindakan kita tadi."apa yang kita terima itu adalah terhasil daripada apa yang mungkin pernah kita lakukan sebelumnya"
dalam jiwa manusia itu ada 3 penakluk iaitu NAFSU,AKAL,ILMU..KITA boleh memilih mengikut nafsu atau akal.dengan adanya ilmu kita masih mampu memilih mengikut nafsu atau akal.keupayaan memilih untuk bertindak lah yang akan menentukan penghasilan di akhir daripada tindakan kita.
"KITA ADALAH APA YANG KITA MAHU JADI"
hmmm...cuti PANJANG boring, cuti PENDEK tak cukup:
setelah seminggu berlalu maka kedengaranlah suara-suara merdu mendayau...aaaaaa boriingnyeee...adoiyay..macam-macam..walaupun sebenarnya rasa cepat saja cuti ini berlalu.dan masuk minggu ke-2 pun..pelik tapi ajaib atau pelik dan ............
kalau bekerja nak cuti....
kalau cuti pendek nak panjang...
kalau cuti panjang boring...
ada tak cuti sederhana...cuti sendiri la yang paling best sebenarnya...bukan mc la..
90 % agaknya kawan-kawan cikgu ni mengatakan boring semasa cuti yang panjang ni..TAK SABAR-SABAR NAK MENGAJAR agaknya...hehehehe...GURU CEMERLANG la katakan..
agaknya kenapa boring???? suami/isteri tetap bekerja....tapi kalau suami isteri cikgu...PUN BORING JUGA..ada yang cakap la..."asik pandang muka tuuuuuuu juga katanya...hihihihi...jahat sungguh statement tu..kena sumpah baru tahu..
SEBENARNYA inilah MANUSIA....susah sangat nak bersyukur dengan apa yang ada..bersyukurlah dengan apa yang ada..sebab yang ada ni bukannya kekal lama pun..
banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain yang dimaksudkan boring tu sebab TIADA HIBURAN..boleh pegi surau2 bersihkan secara sukarela,tolong jaga anak,bantu mangsa banjir (sekarang ni)..buat kerja-kerja amal lain..pastu baru pegi melancong ke..kualitikan masa bersama keluarga
macam-macamlah..
saya??/?
semuanya sederhana...boring pun ya..tak boring pun ya juga...means..saya boleh buat apa yang saya nak sebenarnya...jaga anak...pegi tengok wayang..melancong..dari kita ja sebenarnya...
fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..