Pengenalan Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Objektif Hari Guru Malaysia
Logo Hari Guru
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru. Ikrar Hari Guru Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa. |
so,lepas lulus..saya posting kat rawang..cuak takleh nak cite..bila dengar parent kat sana agak kureng ajo juga..tapi nak watcmana dah memang tanggjwb..sekarang dah pindah sekolah dekat sket dgn rumah..dan...rupanya...MEMANG INILAH KERJAYA yang paling SESUAI dengan jiwaku..BUKAN LAH sebab tiada kerja (sebab dari kpli yg kbnyakan guru pandang rendah)..tapi SAYA RASA diri sangat bernilai..DAPAT MENYUMBANG KEPADA AGAMA,BANGSA DAN DEGARA..selain dapat gaji dapat buat amal jariah.....sememangnya...GURU ADALAH KERJAYA yang paling MURNI...
segala puji bagi ALLAH yg mendengar doa hambanya..doaku selalu: "ya ALLAH,berilah aku kerjaya yang sentiasa boleh aku mendekatkan diri kepadaMU,dekat denganMU,dan dari kalangan orang-orang yang beriman kepadaMU"..
semoga engakau menjadikan insan ini, seorang insan guru yang gemilang dan terbilang...dedikasi dan beramal soleh...aminn

