Dulu masa saya bergelar Murid..nak Beselisih dengan cikgu punyalah segan.sanggup bersembunyi atau pusing satu bangunan sekolah untuk mengelakkan bertembung.padahal bukany
ada salah ape pun..
Dulu kalau tak ditanya,sori...memanglah tak akan pernah buka mulut untuk bercakap.
dulu kalau makbapa jumpa cikgu di mana2..masyaALLAH hormat semacam..kagummm
SEKARANG..
saya jumpa murid di mana-mana sehabisnya ramai yang sengeh dan berlalu dengan selambanya.kalau di sekolah murid2 suka berlari-lari,kadangkala terlanggar cikgu2..dan murid buat tak tahu dengan meneruskan larian sejati tersebut..
sekarang masyaALLAH..murid dalam kelas malah disuruh dan dipaksa diam pun belum tentu dia nak diam,bercakaaaaaaaaaaaapp memanjang..senyak seminit 10 minit dia sambung bercakap..tapi kalau disuruh bercakap dia senyap..
sekarang IBUBAPA..kalau jumpa cikgu..nak tak nak je senyuman..tapi memanglah masih ada yang hormat tapi memang lah jauh bezanya dari dulu..
orang kata jadi cikgu kerja SENANG LENANG...PEGI PAGI BALIK tengah hari..HAIII la..akhirnya masyarakat dimomokkan dengan propaganda sedemikian rupa..dan aku pun salah seorang yang dulunya percaya..
namun setelah berkecimpung dengan dunia kerjaya yang PALING MULIA di dunia ini (saya rasa la)..akhirnya saya sedar..ramai yang berkhayal dengan propaganda "kerja cikgu kerja mudah"..sebenarnya sangat la susahnya..tambah lagi dengan KEHADIRAN KSSR yang dulunya KBSR..LAGI 5 TAHUN ntah apa pula..
sebenarnya "MAKIN CANGGIH MAKIN RUMIT" jadinya profesion perguruan ni..kemudian ada pula yang tak puasati.."KERJA MUDAH TAPI GAJI DINAIKKAN"..ramai pula yang suka sangat membandingkan kerjanya...gajinya...masa kerja..macam2.
tapi sejujurnya YANG PALING BERKESAN dalam kehidupan bekeluarga ni..bagusnya jadi guru ni..ADA WAKIL YANG MELIHAT perkembangan ANAK2..anak2 ada yang tengok2 kan..tidaklah mereka terasa tersisih,terabai..SEGALA PUJI BAGI ALLAH..kalau anak sakit mudah sikit nak amik cuti ke,cepat sikit nak tgk2 anak..sekolah pula dekat dengan rumah..RAMAI yang jadi kenalan (ibubapa murid)..
akhirnya inilah pekerjaan yang terbaik pernah ku sandang selama ini...tq ALLAH..
alhamdulillah akhirnya cuti persekolahan secara rasminya telah berlabuh( kepad murid aja).sebabnya sepanjang minggu ini semua guru masih diminta datang ke sekolah (mmg Ada dalam pekeliling-kebolehpanggilan guru semasa cuti ke sekolah)..dengan alasan kukuh menyiapkan semua laporan2..kerja terlepas pandang..menyerahkan duit2 derma kerajaan..
AKHIRNYA...selama ini menyambung kerja2 dari cikgu2 pakar padang..hanya mengikut trek sediada..sampai waktunya akhirnya saya sendiri kena memulakan untuk melakar trek sebenar di atas padang kecil..
walaupun kekurangan pengetahuan bagaimana memulakannya..saya gagahi jg untuk menjadikannya kenyataan..cuba jangan tak cuba..tapi..PASTIKAN ADA ASAS PENGETAHUAN juga...tidak boleh membabihutan buta..redah je..
apa yang paling penting dalam memulakan kerja-kerja ini adalh KERJASAMA SEMUA GURU..jangan murid lebih baik dalam membantu guru berbanding GURU sendiri..
semuga padang sekolah ini akan berjaya disiapkan sebelum HARI SUKAN KALI-1..
suatu hari SEPERTI BIASA GIANT SELALU MENIPU kami dengan harga yang mengelirukan..(saya tau kerana pernah bekerja di sana).
SELEPAS membayar perut pun memberikan signal untuk diisi..sementara menunggu makanan sampai saya ditepuk dari belakang..dan seorang kawan (CIKGU A)..bersama isteri barunya( baru je kawen) datang..wow..agak seksi pakaian isterinya..dan cikgu tu pun boleh tahan RUGGED nya..mmg padan sungguh…tapi tersentak dibenak…BOLEH KAH CIKGU BERPAKAIAN BEGINI???
walaupun sebenarnya hak individu..tapi sesuaikah dengan profision sebgai guru berpakaian begini??kalau makbapak murid nampak mcamana??
lalu saya pun bersantap walaupun mata masih terjeling2..ataukah saya yang terlalu skematik??tapi saya pun biasa saja…jeans sandal dan baju t shirt..
bagaimana fesyen yang boleh sebenarnya..kadang2 ada murid2 dtg ke sekolah sbb tgk cikgu dia meragam,...cantikk...hensemm..lagi la kalau smk..jadi selagi bersopan dan sesuai pakai sahajalah..
CIKGU MODEN MEMANG BEGINI AGAKNYA….
Pengenalan Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Objektif Hari Guru Malaysia
Logo Hari Guru
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru. Ikrar Hari Guru Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa. |

