Terkini untuk MASA ini...BANYAK sangat KAEDAH PENGAJARAN yang diketengahkan..TIDAK TAHU KENAPA..diutarakan disaat komuniti,kemudahan ,kaedah yang digemburkan tidak begitu nyata kewujudan faedahnya.
KSSR daripada KBSR
Dulu orang kata masa ditukar KSR ke KBSR sama juga...semua orang nak marah...guru-guru NAIK DARAH..tensen MENCURAH-CURAH..bising di mana-mana..TAPI AKHIRNYA DILAKSANAKAN juga..
KSSR
sana sini guru-guru terpaksa meluahkan pendapat peribadi
1.org yg mencadangkan kssr ni bkn dari kalangan pernah mengajar.
2.kaedah ini telah di buang di negara-negara maju yang mula-mula mencubajayakannya.
3.keadaan yang tidak bersesuaian- MURID TERLALU RAMAI tapi infastruktur pendidikan masih kurang
4.PENILAIAN yang sukar dinyatakan untuk setiap murid.
5.terlalu banyak penilaian yang perlu dibuat
6.terlalu banyak DOKUMENTASI untuk satu orang murid.
VLE FROG,I-THINK,EDUWEB,ZOOM-A
macam-macam yang datang ke sekolah...
sebahagiannya memang sangat berguna. contohnya saya mengajar menggunakan kaedah i-think..walaupun di sekolah belum sampai maklumatnya...saya telah belajar dan cuba mempraktiknya sendiri...DAN IANYA SANGAT BERKESAN UNTUK KELAS TAHUN DUA dan kelas belakang...menakjubkan..
sebahagian program pula memerlukan infrastruktur yang canggih...perlu ada projektor atau sekurang-kurangnya capaian internet berkelajuan tinggi..
walauapapun..SEMUANYA diharapkan bukan INDAH PADA pandangan dan idea sahaja..SEMOGA semua kerumitan ini boleh berlalu dan MELONJAKKAN PENDIDIKAN MALAYSIA KE TAHAP TERTINGGI..
yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
masalah atau halangan.
menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
AKHIRNYA...sampai juga kssr kepadaku..cuba buat yg terbaik..
Dulu Cikgu2 Saya Membahasakan dirinya CIKGu..masa sekolah Rendah...masa sekolah menengah..Cikgu Membahasakan diri SAYA...
Sekarang jarang orang menggunakan perkataan cikgu untuk membahasakan dirinya..ramai menggunakan perkataan SAYA..
apakah ada wujud implikasi sampingan daripada pembahasahan tersebut??adakah murid lebih mendengar kata guru yang membahasakan dirinya cikgu??? ataukah dengan membahasakan diri SAYA guru lebih mesra murid dan lebih rapat...bagaimana dengan tahap rasa hormat murid?
Atau...adakah sebenarnya memang tidak akan ada apa2 kesan sampingan kepada hubungan GURU-MURID??
MANAKAH yang lebih sesuai?? ataukah sekolah RENDAH panggil cikgu SEKOLAH MENENGAH panggil SAYA??
mengikut kesesuaian???
KOMUNIKASI ada pelbagai jenis..komunikasi yang melibatkan SUARA,TANPA SUARA,GERAKAN tangan,bibir,badan dan sebagainya..ALAT KOMUNIKASI juga terdiri daripada pelbagai bentuk.
namun WALAUAPAPUN bentuk dan alat yang digunakan untuk BERKOMUNIKASI..pada kebanyakan situasinya adalah bertujuan bagi menyalurkan maklumat daripada suatu pihak kepada pihak lain agar menemui kesatuan dalam mencapai sesuatu objktif. maknanya,walauapapun bentunya komunikasi itu,ianya tetap bertujuan menyampaikan dan berkongsi sesuatu maklumat antara satu pihak dengan pihak yang lain..
JUSTERU ITU,sebagai seorang guru...KOMUNIKASI memainkan satu peranan yang sangat penting kerana tanpa kejayaan komunikasi pengajaran kepada murid sukar untuk mencapai objektifnya.contohnya B.I yang diajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris ATAUPUN matematik yang diajar sepenuhnya dalam b.i..MURID2 YANG TIDAK memahami bahasa itu akan sukar memahami pelajaran yang diajarkan.
NAMUN.....
KOMUNIKASI antara guru juga sangat PENTING,Sementelahan pula komunikasi yang berjaya antara guru akan menjana situasi yang kondusif di dalam mahupun luar pejabat/bilik guru. kegagalan BERKOMUNIKASI antara guru anak menimbulkan pelbagai andaian negatif dan prasangka. contohnya,GURU YANG mempunyai kecenderungan menyelesaikan masalah MURID secara bersendirian akan dianggap sukar menerima pandangan dan pendapat guru lain..sekiranya PIHAK PENTADBIR MAHUKAN sesuatu maklumat daripada seseorang guru..PIHAK pentadbir sepatutnya BERTANYA sendiri kepada guru berkenaan,bukannya daripada guru lain kerana ketepatan MAKLUMAT PASTI TIDAK AKAN diperolehi.
dalam sesuatu perbincangan...KOMUNIKASI yang ideal ialah komunikasi dua hala yang dimuatkan dengan pendangan yang ILMIAH...maknanya perlu dengan penuh KEWARASAN dan pertimbangan serta tolak ansur yang perlu disulami dengan kesabaran yang tinggi...sekiranya TIDAK...kebanyakan guru akan cenderung untuk menyalahkan sesetengah pihak yang lain..
INFRANYA..komunikasi perlu dilakukan dengan penuh kejujuran tanpa niat yang terselindung samada melindungi diri mahupun orang lain...ketelusan sangat penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan saksama..

