Dulu Cikgu2 Saya Membahasakan dirinya CIKGu..masa sekolah Rendah...masa sekolah menengah..Cikgu Membahasakan diri SAYA...
Sekarang jarang orang menggunakan perkataan cikgu untuk membahasakan dirinya..ramai menggunakan perkataan SAYA..
apakah ada wujud implikasi sampingan daripada pembahasahan tersebut??adakah murid lebih mendengar kata guru yang membahasakan dirinya cikgu??? ataukah dengan membahasakan diri SAYA guru lebih mesra murid dan lebih rapat...bagaimana dengan tahap rasa hormat murid?
Atau...adakah sebenarnya memang tidak akan ada apa2 kesan sampingan kepada hubungan GURU-MURID??
MANAKAH yang lebih sesuai?? ataukah sekolah RENDAH panggil cikgu SEKOLAH MENENGAH panggil SAYA??
mengikut kesesuaian???
KOMUNIKASI ada pelbagai jenis..komunikasi yang melibatkan SUARA,TANPA SUARA,GERAKAN tangan,bibir,badan dan sebagainya..ALAT KOMUNIKASI juga terdiri daripada pelbagai bentuk.
namun WALAUAPAPUN bentuk dan alat yang digunakan untuk BERKOMUNIKASI..pada kebanyakan situasinya adalah bertujuan bagi menyalurkan maklumat daripada suatu pihak kepada pihak lain agar menemui kesatuan dalam mencapai sesuatu objktif. maknanya,walauapapun bentunya komunikasi itu,ianya tetap bertujuan menyampaikan dan berkongsi sesuatu maklumat antara satu pihak dengan pihak yang lain..
JUSTERU ITU,sebagai seorang guru...KOMUNIKASI memainkan satu peranan yang sangat penting kerana tanpa kejayaan komunikasi pengajaran kepada murid sukar untuk mencapai objektifnya.contohnya B.I yang diajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris ATAUPUN matematik yang diajar sepenuhnya dalam b.i..MURID2 YANG TIDAK memahami bahasa itu akan sukar memahami pelajaran yang diajarkan.
NAMUN.....
KOMUNIKASI antara guru juga sangat PENTING,Sementelahan pula komunikasi yang berjaya antara guru akan menjana situasi yang kondusif di dalam mahupun luar pejabat/bilik guru. kegagalan BERKOMUNIKASI antara guru anak menimbulkan pelbagai andaian negatif dan prasangka. contohnya,GURU YANG mempunyai kecenderungan menyelesaikan masalah MURID secara bersendirian akan dianggap sukar menerima pandangan dan pendapat guru lain..sekiranya PIHAK PENTADBIR MAHUKAN sesuatu maklumat daripada seseorang guru..PIHAK pentadbir sepatutnya BERTANYA sendiri kepada guru berkenaan,bukannya daripada guru lain kerana ketepatan MAKLUMAT PASTI TIDAK AKAN diperolehi.
dalam sesuatu perbincangan...KOMUNIKASI yang ideal ialah komunikasi dua hala yang dimuatkan dengan pendangan yang ILMIAH...maknanya perlu dengan penuh KEWARASAN dan pertimbangan serta tolak ansur yang perlu disulami dengan kesabaran yang tinggi...sekiranya TIDAK...kebanyakan guru akan cenderung untuk menyalahkan sesetengah pihak yang lain..
INFRANYA..komunikasi perlu dilakukan dengan penuh kejujuran tanpa niat yang terselindung samada melindungi diri mahupun orang lain...ketelusan sangat penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan saksama..
Organisasi sesebuah SEKOLAH KEBANGSAAN umum telah diketahui umum..GURU bESAR ADALAH YANG PALING besar dan berkuasa..dibawahnya terdiri daripada GPK1 yang menguruskan pentadbiran dan akademik GPK HEM yang menguruskan HAL EHWAL murid murid..GPK KOKURIKULUM yang menguruskan berkaitan kokurikulum yang biasa dilihat banyak berkaitan UNIT2 BERUNIFORM..sukan dan berpersatuan..dan tidak ketinggalan ialah GPK petang..akhir sekali ialah guru-guru yang dipanggil guru biasa..
Dalam sesebuah organisasi yang CEMERLANG, PASTI WUJUD SATU IKATAN UKHWAH antara orang atasan dan "orang bawahan"..atau juga boleh kecemerlangan itu wujud kerana SISTEM KUKU BESI ORANG ATASAN.
Tetapi dalam sesuatu organisasi seperti sebuah sekolah yang profesionnya sangat UNIK..situasi kuku besi itu mungkin tidak timbul kerana semua peringkat pengurusan dan pelaksana adalah guru-guru yang umumnya mempunyai sahsiah UNGGUL..sehinggakan sekolah yang unggul adalah disebabkan oleh guru-guru yang unggul peribadi dan unggul dalam profesinya sebagai pendidik. justeru itu "KAMI YANG MENURUT PERINTAH" itu memanglah sangat dititikberatkan dalam setiap tanggungjawab yang diamanahkan..tidak timbul "kerja seorang diri dalam organisasi seperti sebuah SEKOLAh"..ini kerana setiap tugasan BIASANYA AKAN MELIBATKAN SEMUA GURU...seperti 1m1s..protim..bulan kecergasan..kem2..bistari solah..perkhemahan dan macam2 lagi...semua melibatkan dan memerlukan keterlibatan semua peringkat guru..
NAMUN........
apabila wujud keegoan antara guru biasa dengan pentadbir..maka pastinya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini..contohnya guru yang "diarahkan" melaksanakan program tidak melaksanakan program dengan ikhlas dan jujur...tidak bersungguh-sungguh..pastinya memberikan impak kepada murid..
begitu juga apabila pentadbir yang merasakan tinggi nilai harga dirinya dan maruahnya..maka akan sukar menerima pandangan dan kritikan daripada orang bawahan..apatahlagi melibatkan kata putus..
JUSTERU ITU...seseorang guru harus berpada-pada dalam menyuarakan pendapat masing-masing dan PENTADBIR JUGA perlu lebih mempunyai minda yang terbuka,berlapang dada dan menerima pendapat sebagai satu nilai tambah kepada keputusan yang dibuat..tidak perlu merasa dicabar atau tercabar kewibawaannya....justeru itu "IKHLAS NIAT' perlu ditanamkan sementelahan pula dikalangan pendidik..
GURU-GURU haruslah berlumba-lumba menjadi guru yang "DIRINDUI MURID" dalam semua situasi...disegani,disayangi dan diteladani..tidak perlu menjadi HEROIN...HERO dalam tugasan masing-masing kerana kita"SERUPA"..ikhtisasnya guru adalah mendidik..tiada yang lebih berbanding yang lain..
walaubagaimanapun sekiranya ada di kalangan guru yang RAJIN DAN BERKEBOLEHAN...tidak lah perlu dicantas kerajinan atau kesungguhan itu kerana ikhlasnya dia bukan untuk ditonjolkan..
infranya...marilah kita sama-sama menjalin kelemahan menjadi keagungan agar dapat menghasilkan satu generasi yang terbilang...INOVATIF,PROAKTIF DAN PRODUKTIF..
JEMAAH NAZIR!!!datang ke sekolah... pada hari yang dijanjikan oleh jemaah nazir untuk datang ke sekolah..maka bertungkus lumus lah guru-guru menghias sekolah sebaiknya...daripada guru besar sehinggalah kepada pekerja permbersihan..daripada tandas sampailah ke pejabat dan bilik-bilik lain.. BAGAIKAN SATU BALA datang menimpa sekolah kerana KECEMERLANGAN UPSR kali pertama dan tiba-tiba menjadi yang terbaik satu DAERAH..MAKA segerombolan nazir datang melawat dan memantau sekolah..kebanyakan guru-guru ini bagaikan cacing kepanasan..gemuruh...kacau bilau jadinya...ABM...BBM...jangan cerita...memang terbaik sepanjang zaman.. lalu saya bertanya..apa yang perlu dirisaukan sangat sebenarnya...daripada turun-temurun dengar NAZIR datang sekolah...kecoh satu sekolah..KENAPA???memandangkan saya sendiri tidak pernah diselia oleh jemaah nazir...mulanya tidak risau langsung...nak datang...datanglah...nak risau apa.. lalu saya bertanyakan kepada guru senior yang pernah diselia..."NAZIR BUAT APA"?..tiada apa-apa...dia dukuk je..jadi apa yang nak riasau sebenarnya..dan..melihatkan cikgu-cikgu ini semakin ligat mencari bahan2 untuk mengajar..saya pun terjangkit sekali..RISAU pun melanda..jadinya..buat jugalah persediaan ala kadar...manalah tahu kalau2 dia masuk.. terfikir juga...buat apa hipokrit...kalau biasa masuk mengajar jarang bawa bbm/abm jadi buat apa bawa saat begini...memanglah selamat daripada nazir..tapi apa kesan jangka panjangnya..kepada diri, murid dan skills mengajar???ada perkembangan kah atau....ntahlah.. dan apabila selamat balik jemaah nazir tersebut...maka kedengaranlah suara-suara kelegaan guru-guru walaupun rasanya kerisauan itu seperti tidak kena pada tempatnya..kita tidak terserempak pun dengan nazir tersebut..jadi kesudahannya apa???apa baiknya jemaah nazir datang...banyak..tapiiii apa pula keburukannya...mungkin adalah..salah satu kebaikannya esok hari rabu...koko dibatalkan untuk bagi guru-guru ini berehat..hihihihi..sekolah pun agak ceria.. tapi apa yang saya dapat untuk diri sendiri ialah...sememangnya kalaulah RPH ITU DIRANCANG DENGAN BAIK..P&p MEMANG AKAN BERJALAN DENGAN lancar sekali..TANPA SEDIKIT PUN RUANG MURID UNTUK MEMBUANG MASA..TAPI ENJOY..tahu apa nak buat...tahu apa nak cakap...tahu langkah demi langkah..ada hikmahnya nazir datang.. apapun...semoga sekolah kebangsaan seri pristana mendapat pujian daripada jemaah nazir tersebut..
ESOK BERMULANYA SESI PERSEKOLAHAN 2012 semoga harapan yang diharapkan boleh diharapkan..
copy frm some bloge... BURUNG PAGER yang makan padi
BATOK yang dilepaskan Salam peeps! OK, ini adalah antara entry-entry terakhir tahun ni! Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi. Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei. Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook: Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi. OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit: Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan? Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke? Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk. Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan. Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan: “Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu? Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia. Namaku Si Pegar, bukan Pagar! Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook. Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...). Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...hehehe). Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog. OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan! Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu. So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)